#NuzultravelList

#NuzultravelList

Quand j'etais petite, je suis la reine de mon imagination. Et pour ca, je suis la .

Sunday, February 22, 2015

Winter Trip 2015: Portugal

Bonjour everyone.

I just ended my 13 days trip started from 13/1 to 25/1  with my housemate, Banon . It was soooooo fun and we learnt a lot from this. Since I went to 7 city (ke cities ek ) so I decided to not sums up my journey into 1  post. Sebab banyak sangat cerita and things that i wanna share.

Unfortunately, trip ni xda banyak gambar sangat bcoz both of us tak bawa camera, just snap by phone sand gopro Banon. So maaf lah kalau gambar ni sama je dengan yang dekat insta aku .
And yes, aku pergi trip ni berdua je. Alhamdulillah sangat sebab semua selamat, Allah kn ada ?




Hari first tu kitorang amik flight from Dole to Lisbon, FYI kat Jura tak jauh dari tempat aku (dalam 30 minit) ada airport kecik cetot je yg ada flight RyanAir ke Portugal and Marrakech je. Selalunya kitorang kena pg Lyon or Paris tp since flight dari Dole ni lagi murah ( around 20 euro) je, so why not aku start dari Portugal ke Spain ? Plus, ni lah airport paling kecik penah aku jumpa. Memang akan satu flight je at one time, dan tempat check in dia memang besar gambar aku tunjuk ni je.



LISBON/ LISBONNE/ LISBOA

Masa pun berubah, sejam lambat dari Perancis, which means 8h late from Malaysia. Our flight took 2h 30 mins to reach Lisbon Airport. So ikot waktu sana, kitorang sampai dalam pukul 11.30 mlm.
Since hotel kitorang jauh dengan airport, so kebetulan RyanAir ada offer 8euros/person untuk transport direct ke hotel, aku pun pilih yg tu sebab sepatutnya ada bas, tapi dah malam sangat. So as a precaution, mmg kena amik taxi. Keluar airport tu satu hal, punyalah mencari mana meeting point yg kitorang boleh jumpa driver tu. Bila aku call no driver tu, tak angkat pulak. Oh aku guna Joe Mobile, so boleh guna data internet and call msg macam biasa for free, for 10 days.
Last last bila dah tanya situ sini, pukul 1 pagi baru jumpa tempat tu, yg rupanya dekat tempat taxi. And bila aku perati kat airport lain, memang meeting point kat situ, color kuning.

ONE MORE, THEY DONT USE ENGLISH LIKE WE DO, SO TRY TO KNOW THE IMPORTANT WORDS TO USE SEPANJANG TRAVEL TU DALAM BAHASA DIORANG.

sebab yg paling penting apabila bertanya adalah diorang paham soalan kita, jawapan tu boleh je dia jawab dengan byk cara, macam gesture. So we stayed at Pensao Elegante. Pasal bilik ni, aku taktau lah org Portugal ni memang jenis takde heater dalam bilik or apa, sebab hotel kitorang kat Porto pun sama jugak, takde heater tapi selimut memang tebal takyah cite lah. Pandai betul berjimat. Tapi bilik dia ok ja, And private shower, cuma toilet je kat luar ala ala asrama gitu.

We spent one night je kat sini. So esok pagi pagi dah gerak pergi Jeronimos Monastery.




Jeronimos Monastery ni one of UNESCO punya site, sebab dia real punya gothic style building since beratus tahun. Besar gila, ada church and ada juga Tomb of Vasco de Gama. Ni pun setengah je dari real size of this building.




Yang tak boleh blah, boleh pulak tak pegi Belem Tower. Sebab ada satu tugu besar ni mengadap laut, aku ingatkan ni tower nya walaupun mula-mula tu pelik juga sebab macam lain dai gambar google. Tapi takpelah sebab view depan dah lawa so lepak jelah.








So lunch tu, bajet bajet nak try makanan portugeuse lah, yelah dah sampai sini, takkan nak makan kebab pulak. Patu gerak lah kat satu restauran ni, time part nak order je kelam kabut, sebab memang menu dalam bahasa diorang je, English memang out.

And bila abang waiter tu datang, dia teros tanya '' Do you speak french ? ''
So we were like, yeaah but wait, asal tanya french ? Asal tak tanya english dulu ?
So dia pun explain lah apa yg ada. Dan semestinya memang akan minta anything yg bukan daging lah, sebab tak halal kan.



It wasnt bad but takdelah sedap mana nak banding dengan nasi kandaq kan. 
Then, kitorang ke Hard Rock Cafe Lisbon sebab alalng alang dekat je dengan hotel so why not. Ni first time aku jejak masuk dalam, bcoz im not that big fan of them, so just nak try lah. It was so cool sebab memang banyak collection international artists yg ada macam Madonna, Justin Timberlake. 








Nak naik ke hotel kitorang ni boleh jalan or naik this yellow tram yang femes kat Portugal



 Dah farewell Lisboa,  kita ke our next destination pulak : Porto. Tiket Lisbon-Porto ni pulak aku beli on the spot je, sebab selalunya tak boleh nak book awal awal. It cost around 20 euro rasanya, and ni harga students. Kat Europe ni, jgn hesitate utk tanya discount utk students, sebab selalunya memang ada. Sementara tunggu train tu, sempat lah lepak depan laut dia, tak jauh dari train station. Solat beralaskan map, bertemankan angin laut ni memang tak terkata nikmatnya . 

for my baby boo Amsyar 




It tooks around 3h dalam RENFE train and aku 3 kali ulang alik ke toilet sebab muntah. Gila lah time tu, rasa cam sia sia duit makan sebab semua keluar balik. 

PORTO 

3 hari 2 malam kat sini, dan ada sehari tu hujan lebat gila ( tapi tak lebat macam Malaysia lah) melanda. Tulah first time travel sampai kena beli baju hujan. Pergh balik balik tu memang basah boots, trench coat, beg. Dahla sejuk sangat-sangat so we decided to spend most of our time kt bilik je, lepas habiskan visit ke tempat tempat yg dah plan tu tengah tengah hujan. Yang bengang nya, bilik memang xda heater langsung. Stres juga lah sebab susah nak keringkan all that things cepat cepat. Esok tu masa pakai pun memang lembap lagi. 














Kat Porto. kitorang ke Lello & Irmao Bookstore, bukan sebab nak beli buku tapi sebab kedai ni punya interior design memang cool gila lah, and yg tak cool sebab tak boleh nak amik gambar. Selepas meneliti keadaan seliling, percubaan aku nak amik gamba tetap tak berjaya. So aku curi gambar google jelah ye. 








Then lepas tu, ke beberapa church yang cantik tapi tak masuk pun lah sebab malas hihi. Kitorang byk jalan kat Porto ni, sebab memang tak tau macam mana transport tram/bus function. Agak penat lah sebab berbukit tapi worth it sebab view memang lawa lawa plus rumah dia colorful.







bersyukur lah makan tuna nan fries je cik ton. 



Ada satu church ni kitorang masuk, Sao Francisco Church, dekat dengan jambatan apa tah depan sungai tu. Superb lah dalam dia. Tiket dia pun tak mahal around 4 euro je sekali dengan underground cemetery.
Kalau tengok kat dinding dinding church ni, memang rasa kagum lah dengan tahap seni diorang sebab memang teliti gila. Mesti seksa hidup pelukis pembuat ni dulu.




Sebelum balik bilik, singgah kedai runcit beli barang makan snack, air untuk dinner sebab memang tak nak dah keluar nak makan tu. Sejuk plus barang barang semua basah so memang kena stay bilik. And memang lepas ni kena selalu lah masuk kedai runcit kat portugal ni, sebab barang dia sangat murah nak banding dengan France ni. Air mineral tu just 40 sen (euro) sedangakan kt Fr ni 1.80 tau.



Ni nak share gambaran toilet dalam bilik aku. Yes memang takdak pintu langsung, pastu perasan tak ada satu bowl toilet tu ? Perhatian perhatian itu bukan untuk membuang tapi yes aku pun taktau apa fuction dia. Masa kat Lisbon pun ada juga benda ni. 
Yang ni shower kat luar, so kena pi mandi luaq. Masa kt Lisbon, boleh dak hampa bayangkan gambaq ni, pastu tambah ada shower nak mandi, tutup ngan kain ja. Awkward k awkward. 

Before heading to Airport, kitorang lunch lah dulu dekat dekat hotel. Entah apa lah yg aku order tapi basically hanyalah ikan stim, pastu fried fries dan minyak zaitun. And it costs me rm50. 






Banyak sangat benda yg aku belajar kat Portugal ni, especially pasal komunikasi. Basically bahasa potugeuse dan french sangat lain so sepatutnya akan jadi masalah lah kan since depa ni tak guna English mcm kita. Tapi no worries, kau guna je segala jenis bahasa badan yg kau boleh untuk describe apa benda kau nak cakap tu, insha Allah everything akan okay. Rajinkan bertanya, senyum, jangan stress bila salah jalan. Just chill, relax sebab kau tengah travel, nak the best memories bukan nak bengang bengang k ? 

Kitorang sampai awal gila kat Porto Airport tu, dalam 5 jam sebelum flight jugak lah. So lepak jelah kat Costa kebeulan pulak, ada satu group batch aku ni nak ke airport tu juga, tapi diorang dah nak balik France sebab dah habis round Spain, so kitorang baru nk ke Spain utk sambung trip.




So rasanya dah habis dah story pasal Portugal, akan bersambung ke Sepanyol pulak okay ? Thanks for reading . Much love.