#NuzultravelList

#NuzultravelList

Quand j'etais petite, je suis la reine de mon imagination. Et pour ca, je suis la .

Saturday, August 29, 2015

Winter Trip 2014 : Madrid, Spain

Bonjour tout le monde !

So now, nak share pasal my trip to Spain. Nak kata round sehabisnya Spain ni tak lah, tapi puas hati sebab dah pergi Andalusia and their city centers macam Madrid and Barcelona. So ni start dengan Madrid dulu as it was our first city after Porto.

Kitorang sampai Madrid tengah malam, risau jugaklah sebab dah lambat dan memang kena naik underground metro untuk sampai hotel. Btw transport kat center agak mahal dari bandar lagi kecil so memang kena be prepared lah. Obvoiusly masa travel, duit transport tu lah yg paling banyak spent.








Yang senang sebab hotel kitorang betul betul dekat city center, dekat Plaza Mayor. So memang dekat dengan restaurants dan stesen metro. And nightlife kat Madrid so lively, since France is so lame and boring hahahah. Dah lama tak rasa malam hidup mcm KL, so agak excited lah. Takdelah aku ngan Mai keluar berjimba malam malam tu tapi still, senang lah sebab boleh cari makan kala lapar, and ramai orang so tak scary sangat. We spent 3 days kat sini, dan memang puas hati lah sebab kitorang pergi semua tempat yg dah di plan, dengan tenangnya tanpa paksaan atau tergesa gesa.

Untuk transport, dicadangkan amik full day pass atau 10 carnets tickets sebab lagi jimat. Kadang kadang tu memang lah tempat kau nak pergi tu 2 stesen je dari hotel, but trust me korang mesti akan tersalah metro or seakan dengannya so the pass you can easily reach the place even tersalah ke apa. Aku rasa nanti aku nk buat satu post pasal travel tips lah, tapi nantilah, bila dah cukup ilmu.


REAL MADRID FC - SANTIAGO BERNABEU STADIUM

So our first visit adalah ke stadium Real Madrid ni haa. Rasanya tiket dalam 20 euro gitu, and dicadangkan beli online je untuk mengelakkan beratur panjang. Lagipun masa beli tu takda specific date, which means tiket tu valid 365 days dari tarikh beli. Yang lagi best sebab kita boleh buat self tour, maksudnya boleh take time sendiri lah bape lama nak stay dalam tu. Kalau kat Chelsea haritu ada tour guide.




And the tour memang superb gila lah ! Memang berbaloi bayar tiket. Aku ni takdelah minat mana bola. setakat kenal Ronaldo jelah sebab well you know. Tapi tour ni buat aku semangat je nak support bola, power ah ! Bagi peminat Real, memang wajib pergi tour ni. Sure puas hati.

Dekat luar stadium tu boleh pulak kitorang tertipu dengan maskot maskot The Simpsons, patot lah beriya ajak amik gambar bagai - rupanya nak suh bayar. Nasib baik lah tak paksa, so layan jelah 2 euro gitu. Takpelah, cara dia carik rejeki begitu.




Mari mari aku belanja gambar tour sikit okay ?























Kalau nak cari makan dekat dekat stadium agak susah ah sebab takda yg halal, so just reach McD or any fast food yg serve fish. Jangan takut nak masuk mana mana kedai selain fast food, restaurant or bar or anything selagi kita nak makan benda yg betul. Kalau kau pegi mamak tapi order arak pun apa cita kan, Tetiba pulak.

Okay nak balik ke city center boleh by bus or naik metro. Kalau bas dekat2 entrance stadium tu ja. Kalau metro kena jalan depan sikit. Tengok je simbol M besar for metro, jangan konfius dengan M mcD pulak haha. Btw you can check your metro tickets price here >> http://www.planometromadrid.org/en-price-tickets-metro-madrid.php


Plaza de Espana

Back to city center, kitorang teros ke Plaza De Espana,naik M10. Nanti kalau nak google, pastikan tulis Plaza de Espana kat city mana, sebab kat Sepanyol ni banyak je plaza dia. Kat Seville pun ada nama yg sebijik kot.






Dekat Plaza ni takda apa sangat, ada fountain and park orang lepak lepak dengan burung merpati dan ada juga yg main belon air tu. Nanti jalan lah sekitar park tu. Shopping pun boleh.Hehe.
Dia ada 2 fontaine tau, satu kat middle of the park satu lagi kat belakang sikit. Ingat lagi waktu aku pergi menghayati yg kat belakang tu, tetiba ada 2,3 orang perempuan ni datang nak suruh aku sign something, Im not so sure apa benda tu tapi senior ada pesan kalau sesiapa suruh sign pape, dont do it. Aku pun geleng lah kepala cakap taknak, tapi dia paksa kot and marah gila bila aku taknak sign, Siap jeling bhai fuhhhhhh

















Royal Palace of Madrid 

Pahtu kalau jalan sikit dalam 10 minit gitu, dah sampai ke sini. Itu pun kira plaza jugak lah tapi lagi besar, meriah dan lagi berbaloi untuk dilawati. Dia mcm ada cliff gitu, and ada like big building yg boleh masuk tp ada entrance fee lah. Aku tak sure berapa tapi tak mahal sangat pun sebab kitorang tak masuk pun. Just lepak luar je, dekat fontaine, pastu park dia menarik sebab ada statue dewa dewi gitu. Colors and people hanging around, beli lah aiskrim then it will be a purr fect evening gais.











Bila malam pulak, lapar dan teros cari Wok The Walk, sejenis thai food station yg sangat popular kat Europe. Kat  France aku tak sure ada ke tak tapi berlambak dekat Spain. Holland pun ada jugak. Sangat dinasihatkan untuk makan kat sini sebab murah. Konsep dia adalah beratur, then masa order tu boleh pilih base nasi/noodles/kueyteow + dimasak dengan telur + sauce yg bermacam macam for 5 euro. So macam makan nasi goreng lah. Kalau nak tambah meat or seafood or sayur pun boleh, tapi tak halal kan so add seafood jelah ye.










Ada dua food station ni dekat Madrid, satu dekat je dengan Plaza Mayor tapi still kena jalan lah. Nanti google je. Takpun rajinkan bertanya.

Yang lawaknya hotel kitorang dekat Madrid ni sebab betul2 budget kot. Kalau travel in budget ni mestilah kita pentingkan harga yg murah kan tapi nak ingatkan jangan sekadar itu sahaja, pastikan cari yang dekat dengan city center and metro station supaya memudahkan perjalanan. Memang lah kalau jauh sikit tu murah, tapi kalau dah sejam baru nak sampai center jenuh jugak lah. duit transport + penat.

So kitorang pun bukan dok hotel pun, dok Backpackers Hostel je. Rasanya semalam dalam 13 euro seorang kot. Yang lawaknya mandi ada time. Pakcik tu pesan kalau nak mandi air panas ( since it was in winter ) kena sebelum 11 pagi,kena tunggu around 10 minutes after the other person mandi and limited to only 20 litres kot ! Dia ala ala asrama gitu, nasib baik dapat toilet sebelah bilik je. Dahla wifi tak dapat pun dekat bilik, gagah lah kitorang dua pergi kerusi depan pintu masuk tu tengok MLM haha.

Madrid is such a beautiful city, sangat maju dan meriah. Ada satu kedai ni barang barang dia murah gila konsep ala ala 2 ringgit gitu, yang lagi best semua ada - headphone, make up, selipar, bantal, charger Iphone or anyting, buku, aksesori dan bermacam jenis lagi. Mohon cuci mata and enjoy the moments !

So that's the end for Madrid, and going to update for my Andalusia trip yeah !