#NuzultravelList

#NuzultravelList

Quand j'etais petite, je suis la reine de mon imagination. Et pour ca, je suis la .
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Saturday, August 29, 2015

Winter Trip 2014 : Madrid, Spain

Bonjour tout le monde !

So now, nak share pasal my trip to Spain. Nak kata round sehabisnya Spain ni tak lah, tapi puas hati sebab dah pergi Andalusia and their city centers macam Madrid and Barcelona. So ni start dengan Madrid dulu as it was our first city after Porto.

Kitorang sampai Madrid tengah malam, risau jugaklah sebab dah lambat dan memang kena naik underground metro untuk sampai hotel. Btw transport kat center agak mahal dari bandar lagi kecil so memang kena be prepared lah. Obvoiusly masa travel, duit transport tu lah yg paling banyak spent.








Yang senang sebab hotel kitorang betul betul dekat city center, dekat Plaza Mayor. So memang dekat dengan restaurants dan stesen metro. And nightlife kat Madrid so lively, since France is so lame and boring hahahah. Dah lama tak rasa malam hidup mcm KL, so agak excited lah. Takdelah aku ngan Mai keluar berjimba malam malam tu tapi still, senang lah sebab boleh cari makan kala lapar, and ramai orang so tak scary sangat. We spent 3 days kat sini, dan memang puas hati lah sebab kitorang pergi semua tempat yg dah di plan, dengan tenangnya tanpa paksaan atau tergesa gesa.

Untuk transport, dicadangkan amik full day pass atau 10 carnets tickets sebab lagi jimat. Kadang kadang tu memang lah tempat kau nak pergi tu 2 stesen je dari hotel, but trust me korang mesti akan tersalah metro or seakan dengannya so the pass you can easily reach the place even tersalah ke apa. Aku rasa nanti aku nk buat satu post pasal travel tips lah, tapi nantilah, bila dah cukup ilmu.


REAL MADRID FC - SANTIAGO BERNABEU STADIUM

So our first visit adalah ke stadium Real Madrid ni haa. Rasanya tiket dalam 20 euro gitu, and dicadangkan beli online je untuk mengelakkan beratur panjang. Lagipun masa beli tu takda specific date, which means tiket tu valid 365 days dari tarikh beli. Yang lagi best sebab kita boleh buat self tour, maksudnya boleh take time sendiri lah bape lama nak stay dalam tu. Kalau kat Chelsea haritu ada tour guide.




And the tour memang superb gila lah ! Memang berbaloi bayar tiket. Aku ni takdelah minat mana bola. setakat kenal Ronaldo jelah sebab well you know. Tapi tour ni buat aku semangat je nak support bola, power ah ! Bagi peminat Real, memang wajib pergi tour ni. Sure puas hati.

Dekat luar stadium tu boleh pulak kitorang tertipu dengan maskot maskot The Simpsons, patot lah beriya ajak amik gambar bagai - rupanya nak suh bayar. Nasib baik lah tak paksa, so layan jelah 2 euro gitu. Takpelah, cara dia carik rejeki begitu.




Mari mari aku belanja gambar tour sikit okay ?























Kalau nak cari makan dekat dekat stadium agak susah ah sebab takda yg halal, so just reach McD or any fast food yg serve fish. Jangan takut nak masuk mana mana kedai selain fast food, restaurant or bar or anything selagi kita nak makan benda yg betul. Kalau kau pegi mamak tapi order arak pun apa cita kan, Tetiba pulak.

Okay nak balik ke city center boleh by bus or naik metro. Kalau bas dekat2 entrance stadium tu ja. Kalau metro kena jalan depan sikit. Tengok je simbol M besar for metro, jangan konfius dengan M mcD pulak haha. Btw you can check your metro tickets price here >> http://www.planometromadrid.org/en-price-tickets-metro-madrid.php


Plaza de Espana

Back to city center, kitorang teros ke Plaza De Espana,naik M10. Nanti kalau nak google, pastikan tulis Plaza de Espana kat city mana, sebab kat Sepanyol ni banyak je plaza dia. Kat Seville pun ada nama yg sebijik kot.






Dekat Plaza ni takda apa sangat, ada fountain and park orang lepak lepak dengan burung merpati dan ada juga yg main belon air tu. Nanti jalan lah sekitar park tu. Shopping pun boleh.Hehe.
Dia ada 2 fontaine tau, satu kat middle of the park satu lagi kat belakang sikit. Ingat lagi waktu aku pergi menghayati yg kat belakang tu, tetiba ada 2,3 orang perempuan ni datang nak suruh aku sign something, Im not so sure apa benda tu tapi senior ada pesan kalau sesiapa suruh sign pape, dont do it. Aku pun geleng lah kepala cakap taknak, tapi dia paksa kot and marah gila bila aku taknak sign, Siap jeling bhai fuhhhhhh

















Royal Palace of Madrid 

Pahtu kalau jalan sikit dalam 10 minit gitu, dah sampai ke sini. Itu pun kira plaza jugak lah tapi lagi besar, meriah dan lagi berbaloi untuk dilawati. Dia mcm ada cliff gitu, and ada like big building yg boleh masuk tp ada entrance fee lah. Aku tak sure berapa tapi tak mahal sangat pun sebab kitorang tak masuk pun. Just lepak luar je, dekat fontaine, pastu park dia menarik sebab ada statue dewa dewi gitu. Colors and people hanging around, beli lah aiskrim then it will be a purr fect evening gais.











Bila malam pulak, lapar dan teros cari Wok The Walk, sejenis thai food station yg sangat popular kat Europe. Kat  France aku tak sure ada ke tak tapi berlambak dekat Spain. Holland pun ada jugak. Sangat dinasihatkan untuk makan kat sini sebab murah. Konsep dia adalah beratur, then masa order tu boleh pilih base nasi/noodles/kueyteow + dimasak dengan telur + sauce yg bermacam macam for 5 euro. So macam makan nasi goreng lah. Kalau nak tambah meat or seafood or sayur pun boleh, tapi tak halal kan so add seafood jelah ye.










Ada dua food station ni dekat Madrid, satu dekat je dengan Plaza Mayor tapi still kena jalan lah. Nanti google je. Takpun rajinkan bertanya.

Yang lawaknya hotel kitorang dekat Madrid ni sebab betul2 budget kot. Kalau travel in budget ni mestilah kita pentingkan harga yg murah kan tapi nak ingatkan jangan sekadar itu sahaja, pastikan cari yang dekat dengan city center and metro station supaya memudahkan perjalanan. Memang lah kalau jauh sikit tu murah, tapi kalau dah sejam baru nak sampai center jenuh jugak lah. duit transport + penat.

So kitorang pun bukan dok hotel pun, dok Backpackers Hostel je. Rasanya semalam dalam 13 euro seorang kot. Yang lawaknya mandi ada time. Pakcik tu pesan kalau nak mandi air panas ( since it was in winter ) kena sebelum 11 pagi,kena tunggu around 10 minutes after the other person mandi and limited to only 20 litres kot ! Dia ala ala asrama gitu, nasib baik dapat toilet sebelah bilik je. Dahla wifi tak dapat pun dekat bilik, gagah lah kitorang dua pergi kerusi depan pintu masuk tu tengok MLM haha.

Madrid is such a beautiful city, sangat maju dan meriah. Ada satu kedai ni barang barang dia murah gila konsep ala ala 2 ringgit gitu, yang lagi best semua ada - headphone, make up, selipar, bantal, charger Iphone or anyting, buku, aksesori dan bermacam jenis lagi. Mohon cuci mata and enjoy the moments !

So that's the end for Madrid, and going to update for my Andalusia trip yeah !












Sunday, January 11, 2015

Spring Trip 2014 : Holland

Bonjour suma !

So masa cuti Printemps (musim bunga) haritu, I went to Belanda for 5 days, with Mai Iman Fatin Faz Usamah Wan. Kali ni tak pergi ramai macam London sebab yang lain pegi Geneva. Kitorang gerak straight dari Lyon, by bus sebab cheaper dan 3 hari sebelum tu ada MASAF GAMES kat Lyon, kira reunion Malaysian kt France ni lah where ada match football, badminton and others. It was fun sebab baru tau ramai jugak orang kita kat sini, selain Besac.

Our journey start from 26th April till 30th April 2014, and our destinations adalah Amsterdam-Zaandam-Alkmaar-Keukenhof-Amsterdam.
Aku pun taktau kenapa ak tak gerak pegi The Hague waktu tu, maybe sebab main reason nak pegi time tu just nak tengok bunga dan windmills, plus cuti spring just two weeks.

As I mentioned tadi, kitorang naik bas pergi Amsterdam pada malam then it took around 7 hours to reach Amsterdam- sampai pagi. Since Europe countries takde border entre eux, so senanglah boleh masuk in every way. Selalunya flights pun taklah mahal mana dengan harga tiket bas ni, so kalau ada yang malas nak naik bas boleh take a flight tapi amat dicadangkan balik tu naik bas, sebab xda limits bags. So tak payah lah bayar additional bags and plus, teros ke city center.

The best part pasal train service kat sini adalah more cheaper and easy to reach and buy the tickets, i think so lah sebab kalau train service kat France ni bapak mahal tambah tambah kalau takda Reduction Cards. So pagi je sampai teros amik train pegi Zaandam. Rasanya tak mahal pun tiket dia, i bought it directly dari machine kat train/bus station, around 12 euro.
Kitorang sampai tu awal pagi, so Subuh dekat seat tunggu train jelah.


Zaandam

Kat sini, kitorang keZaanse Schans, dia macam satu area boleh kata perkampungan moden yang ada windmills. dan, Macam tengah tengok poskad, thats the point yang i wanna share about this place. Subhanallah cantik sangat sangat. Dari Amsterdam ke Koog-Zaandijk. Pastu jalan dalam 15 minit jumpa lah tempat ni. Nak masuk tempat ni free je, cuma kalau nak masuk muzium windmills and others places better beli the card which costs 10 euro. Berbaloi je, sebab boleh pergi lagi dekat.


Trust me, this is one if the most beautiful places yang aku pernah pergi and im sure for others too. Masa sampai je, macam tak percaya boleh tengok view ni in real. Bila snap gamba je, macam edit muka kita kat poskad. We can feel dia punya damai permai, freshness, ihhh memang cantik gila ah !













Masa hari kitorang pergi sini, kebetulan ada satu trip ni dari Indonesia. Tapi aku taktau lah kenapa, muka tak macam kita selalu tengok kat TV, chinese sangat, tapi cakap Indon. Weird kan ? Tapi menarik lah sebab bila diorang cakap, aku agak paham lah hasil sinetron indon yang hari hari tengok kat Malaysia dulu. Fuh tak sia-sia betul.
Kawan kawan aku jumpa dengan sorang uncle chinese Malaysian ni, photographer. He was travelling alone by himself, searching for the best pictures to capture. How cool right !
Oh this place, macam boleh nampak ada 4 windmills yang berbeza. Kalau pakai pass tu boleh masuk dengan lagi dekat for salah satu je. Tapi memang masuk 1 je pun sebab tak larat dah nak jalan sebab area nisangat lah besar,dahla kitorang backpackerstime tu. Tak check in hotel teros datang sini. I felt so bad for my friends sebab terpaksa lah mengangkut beg berat kat belakang. Macam apa dah .
We visited this one museum,the biggest one dekat sini. Museum pasal kilang biskut yang paling famous kat Holland ni. Menarik jugalah sebab boleh lah tambah ilmu cara cara buat biskut *fine sedapkan hati*






Cheese museum pun menarik, aku takdelah minat sangat dengan cheese tapi boleh je telan. Memang murah gila lah cheese kat sini dan lagi banyak choice, banyak flavor.




Aku tak pulak beli cheese, tapi beli handmade madu punya moisturizer . Memang best ah pakai.
Pastu gambar gambar lepas ni pulak dekat Clog's Shop, kitorang sempat lah tengok cara clogs ni dihasilkan sebab ada buat demo dalam kedai tu. So interesting sebab sangat tradisonal.






Bila dah petang sikit, kitorang gerak Alkmaar by Intercity and reach there in 30 mins sebab hotel book kat situ. Sepanjang nak jalan ke train station, perasan lah yang kat jalan diorang ada sediakan besar gila space untuk penunggang velo (basikal) Oh the best part dalam Intercity tu ada free wifi.

Aku tak ingat apa yang aku buat kat Alkmaar and i dont know why i forgot it. Sebab Alkmaar tu tempat cheese tapi seingat aku takda pulak aku melawat Kilang cheese mana mana. Rasanya kitorang tak jalan pun area Alkmaar sebab sampai pun agak petang, So malam ni kitorang decide untuk diner kat satu Indian Restaurant ni where viande (meat) Halal.






So esok tu pagi pagi gerak ke Keukenhof : Flower Garden. Bila keluar dari hotel ke tempat tunggu bas tu baru tau yang ada Beetles Museum dekat situ. Tapi tak buka lagi so amik gamba dekat luar jelah dik non,



Keukenhof Flower Garden is one place that you can meet thousands of fresh tulips, with great colors. They are so gorgeous, sangat sangat. Agak lama lah kitorang spend masa kat sini sebab sampai pun dah tengah hari. Dari Alkmaar tu ke Amsterdam Airport, pastu dari situ ada bas direct ke Keukenhof. So by bus it takes one hour jugak lah.

Macam biasa kalau takde problem bukan travel lah namanya. Dia cakap pass yg aku print tu tak boleh detect so aku tak boleh masuk, sebab tiket tu aku beli online. Aku pun tak berapa sure lah kenapa sebab kawan aku yang lain lepas je. So kesian jugak lah kat diorang kena tunggu aku setel kan pass tu dulu.
Elok je nak start jalan, hujan pulak. Disebabkan nak nampak cantik dalam gambar, maka maka hamba hamba Allah ni pun sanggup lah beli payung yang mahal dari pada raincoat yg jauh lebih murah HAHAHAHA

Garden ni pun sama je dengan Zaanse Schans, besar ya amat. Tapi worth it lah sebab memang puas gila jalan tengah tengah tulip ni. Pergh sumpah macam dalam mimpi, jalan tengah tengah bunga ditemani oleh HAHAHA OKAY STOP. Dalam erti kata lain, macam drama hindustan. Dan juga macam dalam novel Hlovate Aa+Bb, kisah Benz and heroin dia aku tak ingat .















Kat dalam ni bukan sekadar tulips, tapi ada banyak lagi jenis bunga yang aku taktau pun nama dia apa. Interesting samgat. And ada banyak garden, one of them yg menarik adalah this Cinta Pertama Garden, HAHAHA jk idk what the name given tapi totally memang di awang awangan ah kalau duduk kat taman ni .






That one last pics like HAHAHA SORRY LES FILLES I RUINED THIS BEST PLACE

Lepas tu kitorang ada lah naik cruise dalam garden ni, acah acah nak tengok ladang tulip yang dalam poskad tu kan. Tapi takda rezeki sebabnya masa kitorang pergi like the end of the season, so tulip tu di-harvest. So tinggal sikit jelah. Memang tak puas hati lah tapi apakan daya jemah tertipu bang.

So atttention the best time untuk pergi keukenhof ni dari awal bulan 4 sampai awal mid of May.







This trip was a really thoughtful, bersyukur diberi peluang untuk tengok benda benda cantik yang Allah cipta kat dunia ni.
Oh hotel kat Alkmaar tu pun sangat cantik dan selesa.

After Keukenhof, kembali lah kitorang ke Amsterdam. Amsterdam is so cool and here you can find like a lots of velo - banyak gila weh and suma satu pattern. Aku ingat lagi ada satu part dalam kelas kitorang kena cerita apa yang remarkable kat one place yg pernah pegi, so i said about this old skool look bicycle, and obviously I AM SO NOOB because basikal ni sangat lah mahal dan tahan lama.

Jalan jalan dekat Amsterdam ni best, tapi kena hati hati sebab traffic dia agak miserable. Bas dan tram datang dari suma arah, dengan yg ride bicycle lagi. Oh public transport dia mahal dan sekali guna je, bukan last for one hour macam kat France and some other places. Maybe ni cara gov dia nak galakkan orang ramai use less transport and cycle !



Kat Amsterdam ni kitorang terlambat, so aku merasa sangat sedih sebab tak masuk satu pun muzium. Oh yeah i am that little-one-boring-girl-who-always-love-museums HAHAHA
Imagine k, kitorang dekat I Am Amsterdam tu, where museums suma around tu je tapi dah tutup. WHAAAAAT i cant enter that Van Gogh, Anne-Frank,Diamonds and banyak lagi. So aku macam agak sedih lah tapi lama lama tu bangun juga posing kat sini HAHAHA



Apart from this, we decided to take the cruise on . Well honestly cruise ni quite boring sebab 1 terlalu lama like 1 hour and more, and tak menarik sangat lah plus still ada sampah kat sungai2 dia so hmm
But we were happy to see banyak gila houseboat, they are so cool like aku pun teringin nak ada satu


















About the foods, rasasnya tak susah kot nak cari Halal foods kat sini since Holland dulu jajah Indonesia so yes it affects the food industry juga. Masa aku pegi sini tak banyak sangat jumpa these foods tapi Wan cakap masa dia pergi untuk kali kedua haritu, dia banyak jumpa sos cili lah, kuali besar pun ada. So cool. Selalunya banyak je Indon Restaurant kat sini tapi satu yang kitorang nak pergi tu tak buka, so tak merasalah...

We went to Red Light District kat Amsterdam Center tapi tak pegi waktu malam lah sebab nanti jadi benda lain pulak. As Amsterdam adalah bandar yang sangat free dan membenarkan homoseksual, so sampai ke kedai souvenirs pun banyak lah these kind of stuff. Siap ada muzium body lagi. Pergh sangat. Souvenirs kat sini agak mahal so i didnt spent much macam kat London dulu. Tapi ada satu kedai souvenir ni yang murah dekat dengan HnM. Cari lah untuk lagi jimat okay.

OH OH THIS VILLE ADA  SATU KEDAI AISKRIM YANG SANGAT FEMES DAN SEDAP !

Ni last minute punya info sebab ingat nak beli aiskrim kat 1 kedai ni, pastu dia dengan baik hatinya cakap u should try kedai depan ni punya aiskrim, the best in Netherlands. And yes it is, sangat natural Vanila flavor. Sangat diwajibkan untuk rasa aiskrim ni sebab memang kat sini je dapat. Kedai dia pulak memang jual satu flavor ni je, and even ramai orang beratur, tetap dapat beli dengan cepat.



Park kat sini pun besar-besar dan cantik. Kitorang pun openly solat kt park dia sebab it was safe.



Oh gambar ni di edit untuk nampak lebih comel HAHAHAH





AND AND AND JANGAN LUPA MAKAN BANYAK BANYAK FRIES !

Fries kat sini lain sangat, pastu besar dan banyak. I dont have close up pictures untuk this fries tapi tolonglah makan benda ni kalau dah sampai Amsterdam car sinon, confirm menyesal!


Yang aku tengah pegang tu fries dia. Dia boleh pilih nak sauce apa, up to 3 choice so try lah Thai Chillies sebab rindu Malaysia hihi.






Okay its a wrap ! Malam last kitorang balik by bus jugak, dari Amsterdam Central ke Paris Beauvais. Thanks Holland sebab fries dan aiskrim yg sedap tu, and those tulips and windmills yang dah realise my list. Merci .

XOXO Anggerik