#NuzultravelList

#NuzultravelList

Quand j'etais petite, je suis la reine de mon imagination. Et pour ca, je suis la .

Thursday, August 13, 2015

#NuzulTips on Bandung

Hi. So here goes some tips you can apply on your next trip to Bandung.

FLIGHT TICKETS

Rasanya bukan pasal book awal ke last minute, yang penting book time promo. Selalu tengok tengok tiket. MAS jarang lah kot promo, tapi Malindo dan AirAsia selalu sangat. Tambah tambah hari Isnin dan Jumaat, trust me.

Aku dapat haritu dalam rm99 untuk kl-bandung by Malindo,pastu balik dalam rm169 per pax by AirAsia. Itu kira dah cukup murah lah. Tapi yg AirAsia ni leceh sebab mula mula je murah, bila tambah luggage jadi +50. So baik tengok selain AirAsia sebab dah all in.

HOTEL

Boleh tengok dekat Agoda, Booking.com atau Trivago. Aku selalu try Agoda, sebab bayar teros je. Tapi Trivago tu macamlagi best sebab boleh compare harga untuk satu hotel tu kan.
Haritu stay FaveHotel Hyper Square - semalam dalam rm93. Service best sebab hotel baru dan cantik, dekat dengan Paskal Food Market tapi kalau nak lagi dekat, boleh try Hyper Inn or Zodiak.

Kalau nak dekat dengan Pasar Baru, boleh try Fabu Hotel, apa Gino Freuci tah ke apa nama dia. Lagi dekat lah dari hotel aku, so lagi dekat nak jalan ke Pasar Baru tu. Kalau nak yang dekat dengan Factory Outlet, aku taktau sebab haritu aku memang tak nak jejak pun FOC ni sebab memang not in the plan pun nak cari branded things. Tapi kalau nk pergi boleh cari dekat Cihampelas Walk, Jalan Sukabudi, Jalan Dago.

BAJET

Well kalau shopping tu depends lah.
Kalau makan pulak, depends kat mana. Aku cadangkan dalam 100k untuk2 org,sehari minimum. Details untuk harga dah tulis dlm post sebelum ni, nanti tengok lah.
Kalau makan kedai best sikit dalam 150k + juga lah untuk 2 org, kalau tepi jalan tu dalam 50k+ je pun dapat. Cuma bersih dengan tak jelah. Sebab aku memang sakit perut juga lah.

TRANSPORT

Depends on plan. Kalau rasa nak ke Kawah Putih, Strawberry Farm, Tangkuban Perahu dan lain lain yg bukan in center, patut hire pak supir lah.Sehari dalam 500k-550k kalau bahagi 4 baru berapa ringgit kan. Berbaloilah. Patu kau guna lah service betul2. Plan siap2 jangan bagi dia plan. Sebab takot dia yang taknak pergi tempat jauh-jauh.

Its not possible nak pergi Kawah Putih dan Tangkuban Perahu in the same day, so kalau nak pergi dua dua juga kena ambil dua hari lah. Cari lah hotel dekat dekat tempat shopping yg agak2 lama nak spent, so takdelah rugi bayar 550k just semata mata untuk shopping. Well aku cakap je. Kalau nak hire pun boleh juga, Ni bajet2 punya.

Kalau nak naik Angkutan Kota tu pun boleh, murah tapi orang cakap kena take care sebab pickpocket.Bagi aku biasa ja.

MAKAN

Wuuuuu makan lah pape yang best kat sana. Sundanese Food, ayam penyet, kue balok, pisang cheese, pisang molen, bakso,mie kocok, bubur ayam, SOTO BANDUNG, teh botol and please kalau fruittea tu minum banyak-banyak.


KAWAH PUTIH

Sangat cantik, aku rasa berbaloi ni dari Tangkuban Perahu in case dalam dilemma nak pilih. Tiket masuk 50k, naik anting-anting pergi balik 15k, beli mask 5k. Kalau nak suruh driver naik atas, 150k. Oh memang takda bas tau nak pergi sini so memang kena hire driver.





No comments:

Post a Comment